Tuesday, July 27, 2010

Kata Cinta III



Kata Cinta III

Mutiara Kata Cinta

Top 10 Kata Cinta III

"Tidak ada orang yang dapat berpura-pura untuk bercinta dalam jangka masa yang panjang"
-Unknown

"Pandangan mata yang sekilas pandang cukup untuk menyebabkan berputiknya atau bermulanya cinta."
-Unknown

"Tidak ada ubat untuk cinta tapi penyakit cinta itu akan bertambah-tambah lagi."
-Thoreau

"Tersipu-sipu terhadap pasangan adalah salah satu tanda cinta."
-Unknown

"Kematian adalah suatu iktibar yang memberitahu kita untuk tidak membuang masa.... Ia memberitahu kita untuk mengatakan perasaan cinta kepada orang yang kita cintai."
-Unknown

Top 5 Kata Cinta III

"Cinta menyembuhkan orang - baik orang-orang yang memberikannya atau orang-orang yang menerimanya."
-Dr. Karl Menninger

"Sebarkan cinta ke mana pun anda pergi: pertama-tama di rumah anda sendiri. Berikan cinta kepada anak-anak anda, kepada isteri anda atau suami, ke tetangga sebelah ... Jangan ada seorang pun yang datang kepada anda tanpa meninggalkan anda melainkan memiliki perasaan yang lebih baik dan lebih bahagia. Jadi hidupkanlah ekspresi kebaikan; kebaikan di wajahmu, kebaikan hati di matamu, kebaikan hati dalam senyuman anda, kebaikan hati dalam salam anda. "
-Someone

"Untuk cinta dan menang adalah hal yang terbaik. Untuk cinta dan kalah, adalah hal yang kedua terbaik."
-William M. Thackeray

"Jangan lupa untuk mencintai diri sendiri."
Soren Kierkegaard-

"Jika kau mencintai seseorang, biarkan mereka pergi. Jika mereka kembali kepada kamu, itu bermaksud cinta itu menjadi. Jika tidak, cinta mereka bukan milik anda"
-Unknown

Nota editor: Sedih ayat yang last sekali (;_')

Kata Cinta III

Kata Cinta II


Kata Cinta II

Mutiara Kata Cinta


Top 10 Kata Cinta II


"Siapa yang tidak pernah ada pengalaman cinta pada pandangan pertama?"
-Christopher Marlowe

"Katakan siapa yang anda cintai dan saya akan memberitahu siapa diri anda."
-Houssaye

"Kita dapat mula melihat ketika cinta bermula dari awal sampai akhir."
-La Bruyere

"Lebih baik mencintai dan bersedia menghadapi kehilangan, daripada tidak pernah mencintai sama sekali."
-St. Agustinus

"Untuk mencintai orang lain adalah bersedia untuk berkorban untuk dirinya."
-Les Miserables

Top 5 Kata Cinta II

"Cinta membantu membetulkan tabiat kita yang tidak elok."
-Unknown

"Ketika kita jatuh cinta kita sering ragu-ragu terhadap orang yang kita telah jatuh cinta."
-La Rochefoucauld

"Cinta dan persahabatan, keduanya bersama-sama membentuk satu kesatuan yang kukuh."
-Samuel Taylor Coleridge

"Persahabatan sering berakhir dengan cinta, tetapi cinta dalam persahabatan - tidak pernah."
-Charles Caleb Colton

"Cinta terkaya adalah yang melampaui jangka masa hidup manusia."
-Unknown

Nota kaki: LOL at sentence number 6 ^^

Kata Cinta II

Kata-Kata Cinta



Kata-kata Cinta

Mutiara Kata Cinta


Top 10 Kata-kata Cinta

"Rasa sakit yang terbesar adalah untuk mengasihi seseorang, tapi tidak dikasihi semula."
-Unknown

"Begitu banyak dari apa yang kita ketahui tentang cinta, kebanyakannya kita belajar dari pengalaman."
-Unknown

"Untuk memulakan percintaan adalah mudah tetapi untuk mengekalkannya memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak"
-Unknown

"Pilihlah pasangan yang dapat bersabar dengan diri anda. "-Unknown

"Semua yang baharu adalah indah-indah belaka."
-Abdullah


Top 5 Kata-kata Cinta

"Cinta datang daripada hati, akan tetapi cinta sebenar datang dari minda dan jiwa raga"
-Unknown

"Cinta bertahan selamanya, tetapi kecantikan akan mati."
-John Donne

"Dia yang jatuh cinta pada dirinya sendiri lama kelamaan tidak akan disukai orang."
-Unknown

"Aku tidak pernah tahu bagaimana untuk mencintai sehingga aku belajar bagaimana untuk mengasihi."
-Henry Ward Beecher

"Celakalah orang yang hatinya tidak belajar sementara muda untuk berharap, untuk mencintai - dan untuk meletakkan kepercayaan dalam kehidupan."
-Joseph Conrad

"Cinta sejati itu seperti sepoi-sepoi angin, ia dibicarakan tetapi tidak dapat dilihat."
-La Rochefoucauld

Kata-kata Cinta

Kata Cinta

Mutiara Kata Cinta


Top 10 Kata Cinta
1. Alfred Tennyson
Lebih baik bercinta dan bersedia menghadapi kehilangan, daripada tidak pernah mencintai sama sekali.

2. Richard Bach
Jika anda mencintai sesuatu, bebaskan ia, jika ia datang kembali padamu biarkanlah, jika tidak, cinta itu tak pernah ada.

3. Cinderella
Apakah kau mencintaiku karena aku cantik, atau adakah aku cantik karena kau mencintaiku?

4. Joan Crawford
Cinta adalah seperti api. Tapi apakah itu akan menghangatkan hati anda atau membakar rumah anda, anda tidak akan tahu.

5. Theodore M. Hesburgh
Yang paling penting ayah dapat lakukan untuk anak-anaknya adalah mengasihi ibu mereka.

Top 5 Kata Cinta

6. Lisa Hoffman

Cinta adalah seperti pi - natural, irrational numbers, dan sangat penting.

7. Ibu Teresa
Jika orang mengadar anda, anda tidak punya waktu untuk mengasihi mereka.

8. Philip Barry
Cinta: Dua jiwa dan satu fikiran.

9. Albert Einstein
Graviti tidak bertanggung jawab terhadap orang-orang yang jatuh cinta.

10. Mark Twain
Cinta: Kita diinginkan seperti tidak diingini sebelum ini.Kata Cinta
Kata Cinta

Monday, July 26, 2010

Cinta Tak






Cinta Tak

Mutiara Kata Cinta


1. Cinta tak boleh dikawal

2. Cinta tak perlu dicari

3. Cinta tak ada kena-mengena dengan apa yang anda inginkan tetapi apa yang anda ingin berikan

4. Cinta tak semestinya benar atau salah, cinta ialah cinta

5. Cinta tak kesampaian terjadi apabila kita mencintai seseorang tetapi diri kita tidak dicintai semula

6. Cinta tak boleh dihitung tahap kehebatannya

7. Cinta tak semestinya dibina dengan kata-kata, lebih elok lagi dengan perbuatan

8. Cinta tak akan membawa kepada permusuhan, permusuhan terjadi sebab cinta tak ada

9. Cinta tak membosankan, ia menjadi bosan bila kita tidak mencintai seseorang

10. Cinta tak boleh dijual beli

Cinta Tak

Cinta Ini (Negatif)


Cinta Ini (Negatif)

Mutiara Kata Cinta


Top 10 Cinta Ini (Negatif)


1. Cinta ini adalah cemburu

2. Cinta ini menyakitkan hati

3. Cinta ini siapa yang dapat bertahan lagi lama

4. Cinta ini adalah pertempuran

5. Cinta ini memeningkan kepala

Top 5 Cinta Ini (Negatif)

6. Cinta ini penuh dengan prasangka

7. Cinta ini didorong oleh rasa tamak

8. Cinta ini adalah menyedihkan

9. Cinta ini adalah emosional

10. Cinta ini takutkan kehilangan

Cinta Ini (Negatif)

Cinta Ini (Positif)


Cinta Ini (Positif)

Mutiara Kata Cinta


Top 10 Cinta Ini (Positif)




1. Cinta ini adalah kebenaran

2. Cinta ini adalah murni

3. Cinta ini adalah hormat-menghormati

4. Cinta ini bermakna memberi

5. Cinta ini merupakan sebuah hadiah percuma

Top 5 Cinta Ini (Positif)

6. Cinta ini adalah kebebasan

7. Cinta ini adalah kekuatan

8. Cinta ini ialah keseronokan

9. Cinta ini tidak bersyarat

10. Cinta ini adalah Hidup:: Hidup ini adalah Cinta

Cinta Ini (Positif)

SMS Romantis

SMS Romantis

SMS Romantis

Mutiara Kata Cinta


Top 10 SMS Romantis


1. Kau mencerahkan hariku dengan suaramu, kau membawa begitu banyak tawa dan cinta, kau adalah segalanya untukku dan diriku sangat diberkati Tuhan kerana telah mengutus dirimu dalam hidupku.

2. Cinta itu seperti kupu-kupu. Ia pergi ke mana sahaja tempat yang ia sukai

3. Senyuman adalah bahasa cinta, senyuman adalah sumber untuk memenangi hati seseorang, senyuman memaparkan sebuah hati yang gembira.

4. Senyuman menunjukkan kehebatan personaliti, pastikan diri anda masih tetap kekal tersenyum.

5. Cinta itu seperti peperangan ... Mudah untuk dimulakan ... Sukar untuk ditamatkan.

Top 5 SMS Romantis

6. Cinta itu ialah ketika anda tidak mahu tidur kerana realiti hidup itu lebih baik daripada mimpi.

7. Sulit untuk mencari seseorang yang anda benar-benar cintai, apalagi untuk mencari seseorang yang benar-benar mencintai anda.

8. Cinta itu mudah dicari tetapi kesannya kekal untuk seumur hidup.

9. Cinta bukan tentang mencari seseorang yang sempurna, tetapi tentang menciptakan hubungan yang sempurna.

10. Rindu itu bermula ketika ketidakhadiran seseorang itu terasa lama walaupun hanya memakan masa sehari.

SMS Romantis

Kata-kata Romantis



Kata-kata Romantis

Mutiara Kata Cinta


Top 11 Kata Romantis


1. Anda tidak mencintai seseorang kerana penampilan mereka, atau pakaian mereka, atau kereta mewah mereka, atau dengan kata-kata romantis yang ditaburkan di bibir mereka.

2. Apabila anda tersenyum anda telah mendapat perhatian penuh daripada saya. Apabila anda tertawa anda telah mendorong saya untuk tertawa bersama dengan anda. Apabila anda menangis anda telah mendorong saya untuk terus mendakap anda. Saat dikau bilang kau mencintaiku, kau telah memiliki hatiku selamanya.

3. Cinta hanyalah sebuah kata-kata romantis sehingga seseorang datang dan memberikannya makna.

4. Sebatang lilin boleh cair dan api itu mungkin mati, tetapi cinta daripada kamu akan tetap menyala di dalam hatiku.

5. Keinginan yang ada pada diriku tidak boleh mengatasi keinginan untuk memiliki dirimu.


Top 6 Kata Romantis

6. Aku tidak pernah bosan dengan kehidupan ini dan kata-kata romantis dari dirimu. Aku tidak akan peduli jika aku jatuh dua, tiga atau empat kali kerana aku tahu setiap kali aku jatuh, kau tidak akan membiarkan diriku menyentuh tanah.

7. Jika satu-satunya tempat yang aku dapat bertemu kamu adalah di dalam mimpiku, aku tidak ingin bangun lagi.

8. Aku hanya inginkan dirimu berbahagia, meskipun diriku bukan pembawa kebahagiaan kepada dirimu.

9. Aku melihat bunga dan berfikir itu adalah hal paling indah yang pernah aku lihat sehingga aku bertemu denganmu.

10. Aku menyembunyikan air mataku ketika aku menyebut namamu di hadapan kawan-kawanku, tetapi rasa sakit dalam hatiku masih tetap sama. Walaupun aku tersenyum dan nampak seperti tidak memerlukan sebarang rawatan tetapi kata-kata romantis mu akan tetap bertaut di hatiku.

11. Hanya ada seorang yang akan merindui dirimu lebih daripada orang lain.

Kata-kata Romantis

Kadang-kadang kita tidak memerlukan kata kata romantis untuk memikat seseorang.


Kata Romantis

kata romantis

Kata Romantis

Mutiara Kata Cinta



Top 10 Kata Romantis


1. Takut kepada cinta dan kata romantis bererti takut kepada hidup,
dan sesiapa takut kepada cinta dan kata romantis sudah tiga perempat mati.

2. Kita hanya boleh belajar untuk bercinta dengan mula mencintai seseorang.

3. Cinta adalah kunci yang membuka pintu kebahagiaan.

4. Kita mencari cinta bukan dengan mencari seorang yang sempurna, tetapi dengan menerima ketidaksempurnaan yang ada pada orang lain.

5. Sekali kata romantis sudah bertaut di hati,
sukar kita untuk melepaskannya.

Top 5 Kata Romantis

6. Beruntung lelaki yang menjadi cinta pertama seorang wanita,
lebih beruntung lagi wanita yang menjadi cinta romantis terakhir seorang lelaki.

7. Jika cinta itu adalah jawapan,
Sila ulangi persoalan itu?

8. Cinta dan kata romantis kadangkala memeningkan kepala,
tetapi kenapa kita masih tetap mencari cinta?

9. Cinta menjadikan segala yang tidak boleh menjadi boleh.

10. Jangan dicari cinta, biar cinta itu mencari kita. Sebab itulah cinta itu tidak boleh dipaksa. Ia tidak boleh dicari-cari dan dibuat-buat dengan hanya berkata romantis.

Kata Romantis

Sunday, July 25, 2010

BAHTERA Kehidupan

bahtera

BAHTERA Kehidupan

Mutiara Kata Cinta



Hidup ini bagaikan berada di atas bahtera di tengah lautan. Jika cuaca di langit agak cerah dan launan ombak di laut bergerak perlahan, maka mudahlah perjalanan kita untuk menuju ke suatu destinasi.

Begitu pula jika keadaan cuaca seperti kilat yang sabung-menyabung, dan ombak bergelora, tidak ada apa yang boleh kita lakukan melainkan mengemudi bahtera dengan penuh berhati-hati dan meletakkan harapan pada Illahi agar bahtera kita tidak dibaham lautan.

Begitulah kehidupan, sekejap seperti mutiara di dalam lautan kita berada dalam keadaan tenang, tidak diganggu oleh ombak yang bergelora dengan ganas di permukaan laut. Sekejap kemudian pula tanpa disangka-sangka hidup kita sukar untuk dilalui seperti melalui onak dan duri dengan hanya berbekalkan sehelai pakaian nipis sahaja.

Justeru, lebih eloklah hidup kita sentiasa buka sebelah mata meskipun di kala lena dibuai mimpi tika malam hari yang dingin dan selesa. Sentiasalah kita bersiap-sedia untuk menerima cabaran hidup yang bakal mendatang kerana cabaran hidup itu PASTI akan datang mengunjungi bahtera kita sama ada kecil atau besar terutama sekali pada masa yang kita tidak duga-duga.

Di samping itu, kita juga dialu-alukan untuk memandang positif akan hidup ini kerana dengan bersangka baiklah terletaknya harapan untuk hidup. Malah kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap setiap makhluk yang berada di muka bumi ini tidak kira manusia ataupun haiwan.

Nikmatilah kehidupan yang sudah sedia ada bagi yang sedang senang hidup dan cukup segala keperluan hidup. Bersabarlah dengan penuh kesabaran ketika ujian datang menimpa, ketika langit yang kencang mengganggu bahtera kita silih berganti. Bersabarlah! Kerana di situlah kita perlu menjadi kuat agar diri kita mempunyai nilai yang tersendiri. Ibarat duit kertas yang bernilai berjuta-juta, meskipun dipijak-pijak ia masih tetap bernilai dan masih boleh digunakan oleh manusia. Adakah duit itu masih tidak mempunyai nilai?

Bahtera Kehidupan

Harapan DALAM HIDUP

harapan_dalam_hidup

Harapan DALAM HIDUP

Mutiara Kata Cinta




Di manakah letaknya harapan dalam hidup? Semuanya kelihatan tidak bererti lagi. Segala yang dimiliki dalam hidup sudah tiada lagi. Apa gunanya berharap apabila manusia sanggup memakan saudara mereka sendiri. Sedangkah binatang pun sanggup berkorban untuk melindungi puak mereka.

Harapan dalam hidup...

Benarkah di dalam hidup ini terlalu tidak adil untuk kita? Benarkah terlalu perit kesakitan yang dialami sama ada rohani mahupun jasmani? Atau adakah pandangan kita terlalu sempit sampai apa yang kita lihat hanyalah kesakitan diri sendiri? Sehinggakan segala kenikmatan yang kita sudah miliki seperti tidak wujud sedangkan ia berada di hadapan mata.

Kenapa perlu sering mengeluh terhadap cabaran yang menimpa diri dalam hidup? Usahlah cepat berputus asa. Mulalah dengan menerima dugaan yang menimpa diri dalam hidup. Terimalah dengan hati yang rela kerana bermuladaripada itulah kita akan mengambil langkah sedikit demi sedikit untuk menangani masalah yang menimpa diri. Tanpa menerima dugaan dengan rela hati, kita tidak akan berada dalam keadaan tenang. Hidup akan sentiasa risuau dan runsing memikirkan tentang perkara yang telah terjadi atau akan terjadi.

Mulalah sedikit demi sedikit mengambil langkah dalam hidup menghala ke perubahan kebaikan diri. Tidak berguna hidup sentiasa risau dan runsing. Dalam mengecapi kebahagiaan segala halangan perlu dihadapi dengan tenang dan sabar kerana di situlah terletak manisnya menikmati kebahagiaan yang bakal dikecapi dalam hidup.

Harapan DALAM HIDUP

Thursday, July 22, 2010

Mutiara Kata Kehidupan


Mutiara Kata Kehidupan


Posted on Mei 12, 2008 by mansur12

Mutiara Kata Cinta



Ini adalah kata-kata yang dikumpulkan oleh mansur12 (lebih kurang 600 kata-kata nasihat..FUH! tetapi sedikit sahaja diambil)yang saya dapati amat menarik sekali dan patut difikir-fikirkan oleh kalian.

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka

Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H

Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.


Mutiara Kata Kehidupan
Posted on Mei 12, 2008 by mansur12

Mutiara Kata Cinta

mutiara kata cinta

Mutiara Kata Cinta

Mutiara Kata Kehidupan


Mutiara Kata Cinta adalah sebuah laman blog yang mempunyai sedikit sebanyak kata-kata nasihat serta cerita tauladan yang boleh dikongsi oleh semua orang.

Kandungan di dalam laman blog Mutiara Kata Cinta adalah hasil usaha koleksi kata-kata nasihat, serta cerita nasihat yang telah dikumpulkan untuk tatapan penginap laman blog ini. Di dalam usaha mencari kata-kata nasihat serta cerita nasihat bagi laman blog Mutiara Kata Cinta, saya dapati koleksi ceritanya menarik dan mempunyai teladan untuk diikuti.

Saya juga adalah seperti kamu, sedang berusaha untuk memajukan diri pada setiap detik, dan mempelajarinya sepanjang perjalanan ini.

Dan dalam perjalanan ini saya dapati pelbagai perkara menarik tentang koleksi nasihat yang diperoleh untuk laman blog Mutiara Kata Cinta ini sambil memerhati gelagat manusia yang harus ditangani dengan cara-cara tertentu.

Manusia-manusia tersebut termasuklah diri sendiri!

Terima kasih kerana berhenti sebentar di laman blog Mutiara Kata Cinta sedang di sini saya berharap kamu berpuas hati dengan koleksi kata-kata nasihat serta cerita nasihat yang dikumpulkan di sini.

Jika anda mempunyai apa-apa cadangan, nasihat serta pendapat sendiri untuk membuatkan laman blog ini sebagai tempat yang lebih baik, silalah berikan komentari di bawah.

Ini adalah sedikit sebanyak kata-kata mutiara sebagai pemanis mulut untuk pembukaan laman blog Mutiara Kata Cinta:

  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
  • Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
  • Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

My Best, Always..

Abdullah,

Mutiara Kata Cinta