Sunday, July 25, 2010

BAHTERA Kehidupan

bahtera

BAHTERA Kehidupan

Mutiara Kata Cinta



Hidup ini bagaikan berada di atas bahtera di tengah lautan. Jika cuaca di langit agak cerah dan launan ombak di laut bergerak perlahan, maka mudahlah perjalanan kita untuk menuju ke suatu destinasi.

Begitu pula jika keadaan cuaca seperti kilat yang sabung-menyabung, dan ombak bergelora, tidak ada apa yang boleh kita lakukan melainkan mengemudi bahtera dengan penuh berhati-hati dan meletakkan harapan pada Illahi agar bahtera kita tidak dibaham lautan.

Begitulah kehidupan, sekejap seperti mutiara di dalam lautan kita berada dalam keadaan tenang, tidak diganggu oleh ombak yang bergelora dengan ganas di permukaan laut. Sekejap kemudian pula tanpa disangka-sangka hidup kita sukar untuk dilalui seperti melalui onak dan duri dengan hanya berbekalkan sehelai pakaian nipis sahaja.

Justeru, lebih eloklah hidup kita sentiasa buka sebelah mata meskipun di kala lena dibuai mimpi tika malam hari yang dingin dan selesa. Sentiasalah kita bersiap-sedia untuk menerima cabaran hidup yang bakal mendatang kerana cabaran hidup itu PASTI akan datang mengunjungi bahtera kita sama ada kecil atau besar terutama sekali pada masa yang kita tidak duga-duga.

Di samping itu, kita juga dialu-alukan untuk memandang positif akan hidup ini kerana dengan bersangka baiklah terletaknya harapan untuk hidup. Malah kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap setiap makhluk yang berada di muka bumi ini tidak kira manusia ataupun haiwan.

Nikmatilah kehidupan yang sudah sedia ada bagi yang sedang senang hidup dan cukup segala keperluan hidup. Bersabarlah dengan penuh kesabaran ketika ujian datang menimpa, ketika langit yang kencang mengganggu bahtera kita silih berganti. Bersabarlah! Kerana di situlah kita perlu menjadi kuat agar diri kita mempunyai nilai yang tersendiri. Ibarat duit kertas yang bernilai berjuta-juta, meskipun dipijak-pijak ia masih tetap bernilai dan masih boleh digunakan oleh manusia. Adakah duit itu masih tidak mempunyai nilai?

Bahtera Kehidupan

No comments:

Post a Comment