Sunday, July 25, 2010

Harapan DALAM HIDUP

harapan_dalam_hidup

Harapan DALAM HIDUP

Mutiara Kata Cinta




Di manakah letaknya harapan dalam hidup? Semuanya kelihatan tidak bererti lagi. Segala yang dimiliki dalam hidup sudah tiada lagi. Apa gunanya berharap apabila manusia sanggup memakan saudara mereka sendiri. Sedangkah binatang pun sanggup berkorban untuk melindungi puak mereka.

Harapan dalam hidup...

Benarkah di dalam hidup ini terlalu tidak adil untuk kita? Benarkah terlalu perit kesakitan yang dialami sama ada rohani mahupun jasmani? Atau adakah pandangan kita terlalu sempit sampai apa yang kita lihat hanyalah kesakitan diri sendiri? Sehinggakan segala kenikmatan yang kita sudah miliki seperti tidak wujud sedangkan ia berada di hadapan mata.

Kenapa perlu sering mengeluh terhadap cabaran yang menimpa diri dalam hidup? Usahlah cepat berputus asa. Mulalah dengan menerima dugaan yang menimpa diri dalam hidup. Terimalah dengan hati yang rela kerana bermuladaripada itulah kita akan mengambil langkah sedikit demi sedikit untuk menangani masalah yang menimpa diri. Tanpa menerima dugaan dengan rela hati, kita tidak akan berada dalam keadaan tenang. Hidup akan sentiasa risuau dan runsing memikirkan tentang perkara yang telah terjadi atau akan terjadi.

Mulalah sedikit demi sedikit mengambil langkah dalam hidup menghala ke perubahan kebaikan diri. Tidak berguna hidup sentiasa risau dan runsing. Dalam mengecapi kebahagiaan segala halangan perlu dihadapi dengan tenang dan sabar kerana di situlah terletak manisnya menikmati kebahagiaan yang bakal dikecapi dalam hidup.

Harapan DALAM HIDUP

No comments:

Post a Comment